kawan baru la

come!!! follow me

Thursday, July 28, 2011

Al-Fatihah buat kelurga arwah...

korang ingat tak entry yang aku cakap itu ari ....refer sini..
patut la aku selalu mimpi pelik-pelik + rase tak sedap hati sesangat...
rupe-rupenya ade benda nak berlaku..


Minggu lepas sepupu aku meninggal kat JB + makcik aku (wak) tengah sakit tenat kat hospital JB,
so aku merancang hari jumaat ni nk g melawat..nak g tengok..family kat kelantan pon
merancang hari ni nak gerak ke johor..
tapi apakan daya ajal maut ditangan Allah s.w.t..Dia lebih menyayangi wak...


Selasa (around 2 pagi wak dah xde..)..Bila dapat mesej dari adik aku..aku terduduk sekejap..
tak semena-mena air mata mula bercucuran..terimbas sekejap kenagan bersama wak...
dia seorang yang baik sesangat...kalau kiteorang balik johor mesti kiteorang diberi layanan
yang best,die suka kasi kiteorang makan..paling tak lupa..gulai kijang..huhuhu sodap wooo..
tapi sekarang dah xde..sunyi rasenye..arwah meninggalkan suami yg disayangi + 4 orang anak..

pas tu aku gegas kemas2 terus gerak dari KL ke segamat,dieorang cakap mungin jenazah sampai
kat umah tengahari dan dikebumikan lepas zohor...
tapi malangnya aku tak sempat menatap wajahnya yang terakhir,kiteorang sampai segamat jenazah baru je dikebumikan sebelum zohor lagi..

walaupon masih basah kuburnya aku dh mula terdengar suara2 sumbang bertanyakan penyakitnya..
mcm mane boleh jd cam ni la,cam tu la...
masyaallah,geramnya..boleh tak jangan ditanya didepan kubur..cuba lah hormat sikit...
aku tak mampu berbuat apa selain berdoa dan sedekahkan al-fatihah...

Sayu je suasana kat situ,aku hnya mmpu menahan air mata dari bercucuran didepannya..
aku tak mahu die melihat aku sedih..biarlah dia tenang di sana..Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang yang beriman
Al-FATIHAH...

3 comments:

qasehqaleef said...

al-fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmatNya....

misya said...

al-fatihah

umie said...

time kasih semua....