kawan baru la

come!!! follow me

Friday, July 15, 2011

DIA...

*ini entry jiwng karat,sapa-sapa yang tak tahan sila jangan baca sebb aku tak nak tanggung OK


DIA..
insan yang aku jumpa 5 tahun dulu,
DIA seorang yang baik hati,
tak pernah nak lokek dari senyuman walaupon dalam keresahan,
tak pernah nak lokek dari segi kewangan walaupon diri sendiri pon terabai,
tak pernah lokek dari segi pertolongan walaupon keadaan tidak mengizinkan..
Apa yang diminta pasti ditunaikan walaupon masanya belum ditetapkan bila..

DIA
walaupon DIA tidak mempunyai paras rupa yang kacak seperti aaron aziz,
walaupon DIA tidak mempunyai kelulusan yang tinggi,
walaupon DIA tidak mempunyai darjat yang tinggi,
tapi aku rase die lebih tinggi dari insan-insan yang mempunyai degree @ phd,
kenapa..??
kerana
DIA pernah melalui segalanya..,
erti perit dan kesusahan,
sebagai contohnya..
pekerjaan..semua bidang pekerjaan telah die lalui...

berniaga ..??
DIA pernah berniaga jagung,
DIA pernah meniaga nasi ayam sewaktu die remaja lagi,
tidak seperti remaja sekarang yang enjoy kesana-kemari..
lagi-lagi berniaga adalah sumber rezeki keluarganya sejak dulu...


memasak..??
ni memang hobinya..terus terang aku cakapkan aku banyak belajar cara masak dari DIA..
DIAla chef aku..
DIA adalah mentor aku..katanya aku dah bnyak expert memasak,
hanya tuhan je yang tahu bila DIA berkata sedemikian.
kalau aku ada resepi baru mesti aku tnyakan kat DIA dulu..kira ambik cop dulu la samada approve ke tak..

penyembelihan..??
memang kerjayanya..dengan pengalaman hampir 9 tahun telah menyebabkan DIA antara salah satu pekerja yang expert..
bagitau sama aku budak muda mana yang sanggup masok pasar buat kerja macam ni..
ada mungin ada tapi hanya sebilangan kecil saja...aku kagum dengan kegigihannya walaupon DIA hanya bekerja pasar.

wayering..??
pon boleh jugak...alhamdulillah,rumah kiteorang dulu yang plugnya rosak dh dibaikinya..
kipas pon sudah dipasangnya tanpa
mengupah orang pon...jimat disitu..:-)

pegawai :
pernah menjadi kerjayanya juga satu ketika dulu,pernah bekerja di sebuah syarikat
besar..DIA bermula dari bawah hnya sekadar pekerja biase untuk memungut duit-duit dari public phone dan
kemudian naik menjadi pegawai untuk membuat collection dari bank-bank dan pasaraya..

cabeling:
pon sama pernah menceburi bidang cabeling suatu ketika dulu..bermula hnya dari driver untuk budak-budak cabeling tetapi dengan semangat untuk belajar telah menfasihkan DIA untuk bekerja sama..

mekanik:
humm,aku rase semua budak laki tau ni kot...kalau bab-bab moto insyaallah DIA leh baiki...

engine:
sekarang DIA dalam proses pembelajaran untuk belajar pasal engine-engine kereta pulak..
mane tau kalau ade jodoh,bekerja lah DIA dengan syarikat tu..

Blogger:
Insyaallah aku akan ajr DIA cara-cara nk berblogging ni,
Cara-cara nk menaip,sekarang DIA baru fasih dengan FBnya..
Almklumlah budak baru belajar..hhuhuhu

Bukan aku nak puji Die lebih-lebih tapi syukur alhamdulillah DIA yang aku pilih,
walaupon orang pandang hina DIA,
orang caci DIA kerana DIA hnya berpendidikan rendah,
bukan dari golongan orang-orang bekerjaya tinggi,
bukan dari golongan orang-orang yang kaya..
tapi bagi aku die kaya dengan semuanya..
cukup perfect..
tiada yang lain aku minta selain ini..
tiada insan yang paling sempurna didunia ini,
aku hnya menutup sebelah mata dengan kecacatan yang dimilikinya

Dia..???
Siapa dia sebenarnya..??
Dia adalah suamiku,
Yang aku sangat sayangi,
Yang amat aku cintai,
"Buat Cik Hubby yang dah sudah jadi peminat setia aku dengan membaca blog ni,
Hubby,walaupon cayang ni tak jiwang tak seromantik pasangan lain yang selalu mengatakan cayang ni rock la,cakap kasar tapi Cayang syang Hubby sampai bila-bila,
semoga kite pnjang umo dan berkekalan hingga nafas yang terakhir,
bersabarlah,walaupon kite belum dikurniakan cahaya mata,
anggaplah itu adalah dugaan yang Allah kasi kat kita..
Kita hanya mampu berusaha dan tawakkal,yang lain kita berserah kepadaNya"

:::...Sory aku tak pndai nak buat ayat-ayat jiwang..Hehehe mungkin ini yang terbaek ak pernah buat..:::

2 comments:

yuszma yaacob said...

hihiihi..xpe skali skala jiwang kan sis..ahak..jom follow...

umie said...

yuszma:hehe segan la plak...