kawan baru la

come!!! follow me

Tuesday, October 18, 2011

Drama : Tihany




Tihany merupakan seorang gadis yang biasa dan sederhana
Namun disebalik kesederhanaan beliau, dia mempunyai budi pekerti dan adap sopan yang amat tinggi.
Walaupun dia adalah anak tunggal seorang tokoh usahawan yang berjaya, dia tetap dengan caranya yang sederhana dan gembira menguruskan kedai bunga yang kecil.

Tihany mempunyai seorang ibu tiri yang sangat rapat dengannya yang dianggap seperti ibu sendiri.
Tihany juga sudah bertunang dengan Azman selaku setiausaha di syarikat ayahnya.
Azman adalah seorang yang sederhana dan dia sering merasakan rendah diri kerana berkawan dengan anak tokoh usahawan.

Tragedi berlaku suatu hari sebelum pernikahan mereka apabila Tan Sri Abu Bakar diserang sakit jantung dan Azman tidak muncul pada hari pernikahan.
Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya dia perlu juga berkahwin.
Soraya (ibu tiri) mencadangkan beliau berkahwin dengan Imran, seorang kenalannya.
Pelbagai konfik timbul kerana sikap tamak Soraya dan Azman kerana ingin membolot harta Tan Sri Abu bakar dan anaknya, Tihany.

Sumber : TV9.com.my



Baru tengok citer ni semalam..best gak la ..xsure dah episode berapa sbb baru perasan semalam je..kekeke..Aku tgk ada nabila huda sbb tu aku layan..emm agak-agak mlm ni ada lagi ke..??ke setiap hari isnin je eak..??kene tunggu depan tv nih...



No comments: