kawan baru la

come!!! follow me

Tuesday, December 20, 2011

Ativiti minggu ini..Rewang@berkampung

Padat.memang padat..
minggu ni xdpt nak g jalan mana-mana
Almaklumlah ada kenduri kawen.Ala makcik jiran sebelah umah aku..
anak bongsu die kawin..
5 buah rumah die dah cop tau..
umah 1 untuk sesi masak memasak and potong memotong
umah 2 untuk sesi buat air and basuh gelas (ha ni umah aku..)
umah 3 untuk sesi basuh pinggan and kadang-kadang dieorang bt masak gak
umah 4 untuk tempat pengumpulan lauk dan nasi-nasi yang dah di masak
umah 5 untuk sesi karaoke.

Hari jumaat orang-orang kampung dah mula berkumpul..
5 buah khemah pon dah mula pasang..
pelik gak aku mula-mula..kenduri hari ahad..tapi kenapa malam tu dieorang dah busy eak..??
rupa-rupanya hari sabtu akad nikah..oooo,so kena la prepare ape yang patot
ade yang dok potong daging la..ade yang dok kopek bawang..aku..???buat ape..??
buat bodoh je.hahaha betul aku tak tipu..bile aku join dieorang..die cakap xyah la dik sikit je ni..
untuk esok je..xbnyak..so,aku tengok je la dieorang..
segan gak aku mula-mula..ye la semua yang datang tok rewang ni semua makcik-makcik..pakcik-pakcik
tetiba je aku yang paling muda terselit kat situ..
jarang benor nk tengok budak-budak muda sekarang ni kan..
tapi disebabkan aku dok situ sebagai rumah family...so aku kena turun padang gak..
kalau aku dok kg..mama aku la yang g..hahaha,aku dok umah je..

bersembang ngan makcik2 ni best gak..ade je story yang nak dicerita...
humm,buat ketupat la tu..huhuhu..tapi disebabkan aku masih baru kat situ so aku dengar je la..
orang gelak aku pon gelak la..
bukan apa nk eratkan silaturrahim..hampir setahun aku dok situ..tp xsemua yang aku kenal..
tapi bile dah ade majlis cam ni..baru la dapat tau..ooo makcik ni dok sini...at least bile bertembung kat
tepi jalan boleh la tegur ke....

Aku boleh cakap kenduri kali ni mewah dengan makan..dieorang suka jamu untuk orang penaggah ni.sebelom kerja kene la mkn dulu..kan..
bayangkan eak start
hari sabtu
pagi - mee goreng,mee hon goreng + teh tarik
tengahari - nasi,masak lemak daging,ayam masak merah,udang masak merah,sayur goreng,
tempoyak(yg ni best..tempoyak ni lain..die masak dengan ikan bilis)+ air sirap
petang - cekodok + teh tarik + teh o
malam - makan nasi lagi...

Ahad
pagi- nasi goreng,mee goreng,bihun goreng,karipap,cekodok + teh tarik + kopi + teh o
petang - nasi minyak,gulai daging,ayam goreng,pajeri nanas,tempoyak,kacang botol,sambal belacan,oren + sirap bandung
- bubur kacang

2 hari aku xyah nk masak kat rumah..hahaha..untung-untung..
Bila dah habis kenduri baru la terasa erghhhh letihnya..tapi seronok..
Selamat Pengantin Baru Zura & Husband


Akhir bulan depan ada lagi orang nak copkan rumah aku ni..wah femes gitu...TUNGGU






No comments: