kawan baru la

come!!! follow me

Friday, August 3, 2012

Rindunya nak berpuasa di kampung..


Rasanya dah lama tak berpuasa kat kampung,
dah 8 tahun rupanya aku kat kota Metropolitan ni,
dari belajar kat KL,
terus dapat kerja pon kat KL,
pas tu dapat jodoh pon ngan orang KL,
so duk la KL,
aku rasa masa belajar je dapat berpuasa kat kampung,
bila dah kerja kebanyakkannya sampai kg mesti malam raya,
bila dah kawen lagi la,dah 2x kena beraya kat KL dulu baru balik kg..
tahun ni pon xsure dapat berpuasa kat kampung ke tak,
almaklumla bila dah berdua,kadang-kadang kita dah cuti tapi
si suami tak dapat nak cuti lagi..huhu sedey tau..
harap-harap tahun ni dapat la berbuka kat kampung walaupon sehari,
rindunya nak makan pajeri nenas ngan dalca kelantan,
nak makan akok la,sira pisang pon best gak,
yang paling best air soya,air soya kat kampung aku lain tau,
beli 1 bungkus,balik rumah boleh jadi penuh jug tau,
sebab manis and pekat..balik rumah tambah air + ais memang best la..
dah lame tak makan..huhu nak balik kampung,
cik suami mintak la ngan bos biar last day puasa(sabtu) tu cuti,
hari jumaat kita dah boleh balik kampung,
dapat la berbuka kat sana nanti kan..
plez,plez,plez

ehsan dari cik google


No comments: