kawan baru la

come!!! follow me

Friday, January 25, 2013

Soalan : Ada pergi berubat kat mana-mana ke..???


Assalamualikum semua..:-)

Rupanya ramai gak yang nak tahu cam ne aku leh peknen setelah dua tahun lebih menunggu..
Ok..kat sini aku sharekan yer untuk semua yang mungkin senasib dengan aku sebelum ini..

Entry sebelum ni aku penah bagitau yang aku skarang ni tengah berjumpa dengan pakar,
Banyak sebenarnya pakar kat KL ni tapi bila dikaji dan diselidik aku pilih Dr Hamid Arshat,
Doctor Pakar Sakit Puan dari KPJ Pantai Bangsar..Tapi die punya klinik kat Damansara la..
Bukan aku tak memilih untuk berubat secara tradisioanal,tapi setelah 3x mencuba still resultnya negative..
aku nak tau puncanya,kenapa..??aku ni sakit apa..
Sebenarnya abang ben and wife banyak membantu kiteorang..ye la dok baca kisah wife die jumpa doc.hamid pas tu dah ada rezeki dieorang,teringin gak nak cam tu..kiteorang pergi tanya sendiri pengalaman dieorang dan baru lah nekad nak g jumpa doctor gak.

Perjumpaan pertama
---------------------
June 2012 : adalah bulan pertama aku berjumpa dengan doc hamid..masyaallah ramainya orang..Appoinment pukul 2.15petang..Kiteorang nak datang awal dalam kul 2ptg tapi dah berderet orang dok beratur..rasenya ade kot 10 pasangan keatas..Lebih sejam menunggu tibalah turn kiteorang..Doc akan check rahim wife dengan memasukkan cam kamera kat dalam tempat bawah kita..mula-mula malu gak..ye la laki kot yang nak check..Tapi rupanya,semua tu staff pompuan yang buat..bila dah ready sume n lampu ditutup barulah staff akan panggil doc untuk check..Pas tu die akan explain dengan kite punya husband skali sebabnya..siap lukis bagai kat kertas...so sekarang aku dah tau masalah aku iaitu ovari aku sedikit bengkak dan telur tak banyak,memang tak de telur sejak lahir..huhu sedey
Doc suruh check saluran tiub follopio(x-ray HSG) plak 2 minggu lagi and die kasi ubat diet dan ubat subur..
DONE perjumpaan pertama,

Perjumpaan Kedua
-------------------
July 2012 :  Bukan doc Hamid yang akan buat x-ray HSG tapi kite kene g kat Daya X-ray yang kat depan KWSP KL tuh,gerun kot bila search kat tenet ade yang cakap sakit..tapi bagi aku tak de la sakit melampau..cuma ngilu je..pas tu akan rasa pening-pening sikit.dah dapat result terus g damansara untuk kasi result kat doc hamid..bila doc tengok..syukur alhamdulillah...tiub aku takde tersumbat cuma banyak lendir-lendir melekat mungkin sebab peot aku tak teratur..so darah kotor yang terkumpul banyak..Doc ckeck lagi rahim..yeay ovari dah kecut sikit..Jap g staff akan buat injection,tujuannya untuk memperbanyakkan telur..Doc kasi lagi ubat diet and ubat subur..Problem sudah setel,hanya tunggu masa itu tiba..

Perjumpaan ketiga
-------------------
July 2012 :aku peot..so aku kene datang ambik ubat subur..Alhamdulillah dah 2 bulan peot aku teratur..datang banyak sangat.sampaikan mula-mula aku ingat aku tumpah darah ke..??mau taknya..darah tak henti-henti turun dengan bnyaknya selama 2 hari,bila dah hari ke 3 sampai clear,baru la sakit hilang..bila aku tanya doc..doc cakap darah kotor awak bnyak sangat dah terkumpul...walaupon sakit tapi rasa puas hati..ringan je rasa badan nih...kalau tak peot mula la hati gundah gulana,badan pon rasa tak selesakan..

Perjumpaan keempat
---------------------
September 2012 :aku tak peot..risau gak..dah lebih 40 hari nih..check negative..aku pergi jumpa balik..doc cakap die akan kasi ubat subur untuk 2 bulan dan ubat untuk turunkan peot..tapi kalau dlam masa 2 bulan ni awak tak lekat gak,,kite usaha cara lain..doc suggestkan untuk buat ape benda tah..lupa plak..cuma yang aku tau untuk cuci lendir-lendir kat rahim tu..arghhh tak mau..

Perjumpaan kelima
-------------------
IGNORE....Sebab aku dah peknen

Sebenarnya disaat-saat terakhir tu aku try gak cuba satu product ni..aku ambik korset PB and maharani..itu pon sebab aku punya sepupu nak sponsor..die nak jadikan aku testimoni die la kiranya..tapi 2 bulan je aku gune sbab sekarang bila dah peknen dah tak boleh pakai...
So itu je la rawatan yang aku dah buat..Alhamdulillah nampak hasilnya..Sudah tertulis untuk aku menerima rezeki disaat ini..Aku tak pernah menyalahkan sesapa pon....bak kata ustaz Mungkin sebelum ni ade hikmatnya Allah belum kasi rezeki ni kat kamu,mungkin kalau kamu dapat awal mana tau anak tu seorang yang derhaka..mintak dijauhkan semua tu,terimalah ketentuan Allah.Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal lah kepada Allah agar permudahkan urusan kita..
Sapa-sapa yang rasa terbuka hati nak wat appoinment...aku akan kasi no.tel..try la,tak salah mencuba..
mahal..??tak de la..sepanjang 4x aku jumpa dengan doc.hamid..tak lebih seribu pon..lain la kalau ade operate..tapi kalu korang ade medical insurans ape salahnya..hehe

Klinik Dr hamid Arshat

No.tel - 03 -20945800..call la.. staff die bagi aku sumenya terbaik..
Alamat - 75M plaza Damansara,Bukit Damansara,50490 KL ( dekat je ngan pusat sains negara)




7 comments:

aliq ensem said...

Salam..sy nk tanya, kos utk perjumpaan kat klinik dr hamid mcm mn ye? tinggi x kos die?

umie said...

w'salam.. saya rasa xde la mahal sangat kot selagi xde wat operation ape..cuma untuk permulaan saje agak mahal..pas tu susulan die biasa je..:-)

Onie'a said...

Salam..klinik tu buka hari apa ye..tahniah dpt baby..sy call x dpy la..

Onie'a said...

Salam..klinik tu buka hari apa ye..tahniah dpt baby..sy call x dpy la..

asmaliah razak said...

As salam umie.... Alhamdulillah umie dpt bby..tahniah umie... boleh sy dptkan no umie x.. sebab kes sy sama seperti umie... cuma sy dulu ibu tunggal..then berkahwin baru selepas 5 thun dgn seorg bujang..dah nak masuk 3 tahun mash belum ada bby lagi.. HSG pun sy dh buat.. dktr kt hspitl kata memang tiub follopio melekat2... sampai dia kata sy dah x boleh mengandung lagi... ermm... sedih sy... tetapi sy pasti rezeki Allah... dgn cri lagi ikhtiar... tpi hspitl bahagian Gynae tu x pernah beri sy ubat subur...x ada bagi apa2 ubat pun...

umie said...

klinik buka hari isnin -jumaat sahaja..sabtu n ahad tutup..:-)

umie said...

try call klinik dr hamid n bincang ngan die..isyaallah dr hamid ade jln penyelesaian...